Friday, July 26, 2019

Confinement Stuff/Tips : Set Bersalin Sari Ayu

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah hari ini dah masuk 12 hari berpantang. Masih terasa baru je bersalinkan Baby Adelia.

Okey. Malam ni faz nak cerita mengenai Set Bersalin Sari Ayu. Biasanya set-set ini WAJIB ada dalam checklist selepas bersalin.


Dalam set ini ada beberapa jenis krim yang digunakan semasa berpantang. Antaranya :

1. Param : yang ni biasanya disapu diseluruh badan, kaki, tangan bagi menghangatkan anggota badan, nak elakkn sengal2 sejuk2 badan.

2. Tapel : yang ni faz sapu dibahagian perut sebelum pakai bengkung atau korset. Nak bagi perut tak boroi dan kempis selalu. Selepas bersalin memang perut tak cantik dah. So korang boleh pakai tapel ni. Elok sangat tapel ni bagi darah nifas keluar habis. Tak ada la korang sakit perut atau orang tua panggil RENGAT.

3. Pilis : yang ni faz pakai kt dahi. Bagi hilang rasa sakit kepala dan pening. Yang bestnya sebab dia dalam bentuk krim. Tak suka jenis serbuk sebab takut kena kat baby dan habis kena kt bantal.

4. Minyak telon : yang ni faz pakaikan kat Baby Adelia bagi menghangatkan badan. Ni elok untuk elakkan dari perut kembong. Tapi dah beberapa hari pakai, perut Baby Adelia merah dan mengelupas. So terpaksa stop pakai. Bergantung kepada baby. Ada yang elok ada yang tak.

Set berpantang ni ada macam-macam jenis jual di pasaran bergantung kepada bajet dan kesesuaian mommy dan baby.

Friday, July 19, 2019

Confinement Stuff/Tips : Susah membuang air besar selepas bersalin

Setiap ibu yang melahirkan anak tidak lari dari situasi sembelit atau susah membuang air besar selepas bersalin termasuk Faz sendiri.. Sedangkan sakit kena jahit pun masih terasa lagi, ini kan nak membuang air besar.

Umi faz yang jaga semasa berpantang ni pesan makan buah-buahan dan sayur-sayuran contohnya buah oren dan minum air secukupnya bagi senang nak membuang. 

Nak cuba makan ubat pun boleh. Tapi pastikan tanya yang pakar tau. Jangan sebarangan telan yer. Faz cuba ubat Lactul solution. Alhamdulillah senang nak membuang air besar.  Korang boleh cuba. Insyallah senang nak membuang tanpa rasa sakit.


Bersalin pada 37 minggu di Hospital Sultanah Aminah

Assalamualaikum wbt semua..
Alhamdulillah, Faz dah beberapa hari berpantang setelah Selamat melahirkan baby girl kedua di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 37 minggu. Sepatutnya tarikh bersalin pada 2.8.2019 tapi baby nak keluar awal. Berbanding dengan kakak Aulia, lahir pada 39 minggu di Hospital Kajang.

Perjalanan nak bersalin baby A ni..
15.07.2019 - Faz masih lagi bekerja, turun naik lift 13 ke 17, 17 ke 13. Ke sana ke mari.. Memang tak duduk diam. Rasa tak sedap hati pulak sebab macam ada something je mengalir.. So pergi toilet.. Check.. Alamak!!!
Spot bleeding on pantyliner.. Terus okey bertenang and get ready to hospital.

Mujur ada dua mak buyung dan kawan pejabat hantarkan ke Hospital dan rumah. Tq bella and amy, taufiq. Pukul 1.00 lebih sampai pukul 3 kt Bilik Saringan HSA.. Lama kan menunggu.. Biasa la gov hospital. Nak cepat-cepat pergi hospital swasta beserta fulus nya skali yer. Bilik saringan ramai sangat orang, sampai tak terkejar doktor. Salute Dr kt bilik saringan.. Time faz, doktor check bukaan dah 5cm! Terkesima sat.. Betul ke nih? Dh redha baby A beranak kt Johor.. Hasrat nak beranak kt Selangor tak dapat la..huhuhu.. Start check heartbeat baby.. Ada contraction.. Bila da settle checking. Kena duduk kejap sebab Labour room dah penuh.. Time menunggu tuh la contraction start.. 8 minit sekali, 5 minit sekali, 3 minit sekali.. Sampai Staff Nurse dan doktor pun tengok kaki faz dah tergedik-gedik sebab dah start sakit sangat uollss..

Then doktor panggil.. Terus doktor pecahkan air ketuban kt situ. Ayooo.. Ku fikirkan di LR. Sebab masa kakak Aulia, bidan pecahkan kt LR, so sakit nak beranak tuh memang kt situ. Ni pecah kat bilik saringan memang nak terberanak terus kat situ. Doktor dh pesan "sabar yer puan, jangan teran lagi yer, kejap lagi nak ke LR".. Faz dah okey, tarik nafas, okey nk terberanak dah ni... Sakit yang amat.. Sorry kat doktor cina kt bilik saringan, faz pegang tangan dia kuat sangat. Almaklum dah sakit sangat.. Okey terus gerak ke LR.. Part yang ni, memang tak dapat nk control, any advices ke, selawat ke, doa ke, tips ke memang tak ingat apa sebab dah sakit sangat. ku teran jugak.. Sampai kena marah dengan SN sebab angkat bontot.. Akhirnya lahirla baby A jam 6.34 petang. Kena jahit jugak la luar dan dalam. Orang cakap part yang lagi sakit adalah kena jahit dan nak berak selepas bersalin. Auwwwww...

Nak mengandung lagi.. Maybe yes..
Nak beranak? Akan ku fikir beratus kali.. Hahahaha..

Alhamdulillah, faz dapat first class (1 bilik 4 katil, tandas with 1 shower room, 2 bilik air) ni sebab pakai GL tau. For gov staff pakai GL jela. So far accomodation HSA sangat okey. Janganla kome sama kan GH dengan PH.





Makanan yang disediakan sangat okey. Ni je yang sempat ambik gambar sebab Baby A dah start merengik nak susu.. Okey nanti faz sambung post baru pasal confinement stuff pulak..