Friday, October 26, 2018

Maksud EUC, VGUC dan GUC

Assalamualaikum dan Salam hari Jumaat.
Yes hari ni dapatlah rehat secukupnya setelah 5hari bekerja tak berhenti.

Okey sambung balik cerita mengenai EUC, VGUC dan GUC.

Sebagai seorang ibu kepada seorang bayi perempuan pasti tidak melepaskan peluang membeli baju-baju cantik dan tidak kisah mengenai wang dan jenama.

Beberapa bulan yang lepas, Fa sendiri terjebak dengan pakaian jenama BONDS dan beberapa jenama. Bermula dengan pakaian bundle, preloved sehinggalah beli online dan beli dengan personal shopper (ps). Harga tak perlulah bagitahu dari beberapa ringgit sehingga beberapa puluh ringgit, nak mencecah beratus-ratus pun ada. Menangis uolls.

Semasa nak buat pilihan terutamanya bagi pakaian preloved atau bundle, penjual/ seller akan memaklumkan pakaian ini EUC, yang ini VGUC, yang ini GUC. Aduhh apa pulak ni. So Fa buat carian maksud-maksud ini

1. EUC - Excellent Used Condition
2. VGUC - Very Good Used Condition
3. GUC - Good Used Condition


Apa yang dimaksudkan dengan EUC

EUC - Excellent Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini dikatakan seperti baru walaupun dah pakai sekali atau beberapa kali. Tiada sebarang kotoran, koyak, kesan tarikan, tetas ibarat uolls beli pakaian/baru. Harga jual mungkin mahal (mengikut jenama atau jenis limited edition) dan murah sedikit dari harga asal.

Apa yang dimaksudkan dengan VGUC

VGUC - Very Good Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini pula memang dah pakai dan basuh beberapa kali. Jadi mungkin ada tanda-tanda spot atau kotoran kecil yang boleh dicuci. Harga jual juga murah dari harga asal.

Apa yang dimaksudkan dengan GUC

GUC - Good Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini sama seperti VGUC tapi keadaan GUC ini ada kotoran kekal pada pakaian/barangan. Kesan tarikan, tetas, koyak, lubang yang jelas nampak. Sesetengah penjual ada yang menjahit balik. Harga bagi GUC dijual agak murah dari harga asal.

Bagi Fa, dalam memilih jenis/kualiti/keadaan pakaian atau barangan yang dibeli bergantung kepada individu sendiri. Mungkin ada yang suka beli preloved/bundle dan ada jugak yang beli baru jee. Ikut kemampuan masing-masing.

Mana yang tidak mengetahui preloved/bundle pun ada sentimental value yang tersendiri. Cuba tanya kawan-kawan yang suke beli barangan preloved/bundle. Selain daripada murah tapi barangan seperti ini mampu digunakan seperti baru.

No comments:

Post a Comment