Friday, October 12, 2018

PROGRAM CSR BERSAMA KECHARA SOUP KITCHEN

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua.
hari ini fa nak berkongsi pengalaman Program CSR bersama NGO iaitu Kechara Soup Kitchen.

Pada 11.10.2018 Khamis yang lepas, Fa dan beberapa team dari KPDNHEP Johor Bahru berpeluang menyertai program CSR bersama dengan NGO Kechara Soup Kitchen di kawasan perumahan PPR Kempas Johor Bahru. Sedikit pengenalan mengenai Kechara ; Kechara merupakan satu organisasi NGO yang ditubuhkan/diinsipirasikan oleh Tsem Tulku Rinpoche dan misi mereka adalah menyediakan makanan, membekalkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling kepada orang yang yang tidak berkemampuan (susah) dan homeless. Korang boleh visit website http://www.kechara.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang disediakan oleh Kechara.
Gambar kenang-kenangan bersama pelbagai pihak yang terlibat

Bagi program kali ini dengan kerjasama daripada KPDNHEP Johor Bahru, Tesco dan beberapa NGO yang berkaitan telah menyumbang pelbagai jenis barangan basah dan kering untuk penduduk PPR yang telah dikenalpasti terlebih dahulu untuk menerima bantuan yang disediakan.







Bagi Fa, ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pengalaman ini mengajar kehidupan. Bayangkan 1 keluarga dengan 9 orang hidup serba daif dalam satu rumah 2 bilik sahaja. Insyallah semoga program-program ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan pelbagai insentif dan manfaat kepada semua orang khasnya kepada rakyat Malaysia sendiri.

Thank you Kechara Soup Kitchen Team for the enjoy and great experience together. Hope that we can seek for next event together again


Salam sayang, Fa <3


No comments:

Post a Comment