Friday, October 8, 2021

PARU RANGUP

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!

Hari ni faz nak perkenalkan produk baru dari Faz Kitchen tau iaitu Paru Rangup. 


Apa yang best pasal paru rangup ni adalah kerangupan paru tuh tambahan pula dengan pedas-pedas manis. Paling best paru ni boleh dimakan begitu sahaja macam snak atau boleh dimakan bersama bubur nasi, dibuat lauk shaja pun boleh. Yang ini kompem akan repeat berkali-kali.

Mereka yang ingin mendapatkan produk paru rangup boleh hubungi nombor ini 0106564492 atau boleh order melalui shoppe, klik link ini https://shopee.com.my/product/11349575/6071998903/

Untuk kawasan Johor Bahru dan Kota Tinggi faz boleh cod sampai ke pintu tangga tau. Jadi mana yang jauh atau luar Johor Bahru boleh menggunakan shopee atau pos 

Friday, July 26, 2019

Confinement Stuff/Tips : Set Bersalin Sari Ayu

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah hari ini dah masuk 12 hari berpantang. Masih terasa baru je bersalinkan Baby Adelia.

Okey. Malam ni faz nak cerita mengenai Set Bersalin Sari Ayu. Biasanya set-set ini WAJIB ada dalam checklist selepas bersalin.


Dalam set ini ada beberapa jenis krim yang digunakan semasa berpantang. Antaranya :

1. Param : yang ni biasanya disapu diseluruh badan, kaki, tangan bagi menghangatkan anggota badan, nak elakkn sengal2 sejuk2 badan.

2. Tapel : yang ni faz sapu dibahagian perut sebelum pakai bengkung atau korset. Nak bagi perut tak boroi dan kempis selalu. Selepas bersalin memang perut tak cantik dah. So korang boleh pakai tapel ni. Elok sangat tapel ni bagi darah nifas keluar habis. Tak ada la korang sakit perut atau orang tua panggil RENGAT.

3. Pilis : yang ni faz pakai kt dahi. Bagi hilang rasa sakit kepala dan pening. Yang bestnya sebab dia dalam bentuk krim. Tak suka jenis serbuk sebab takut kena kat baby dan habis kena kt bantal.

4. Minyak telon : yang ni faz pakaikan kat Baby Adelia bagi menghangatkan badan. Ni elok untuk elakkan dari perut kembong. Tapi dah beberapa hari pakai, perut Baby Adelia merah dan mengelupas. So terpaksa stop pakai. Bergantung kepada baby. Ada yang elok ada yang tak.

Set berpantang ni ada macam-macam jenis jual di pasaran bergantung kepada bajet dan kesesuaian mommy dan baby.

Friday, July 19, 2019

Confinement Stuff/Tips : Susah membuang air besar selepas bersalin

Setiap ibu yang melahirkan anak tidak lari dari situasi sembelit atau susah membuang air besar selepas bersalin termasuk Faz sendiri.. Sedangkan sakit kena jahit pun masih terasa lagi, ini kan nak membuang air besar.

Umi faz yang jaga semasa berpantang ni pesan makan buah-buahan dan sayur-sayuran contohnya buah oren dan minum air secukupnya bagi senang nak membuang. 

Nak cuba makan ubat pun boleh. Tapi pastikan tanya yang pakar tau. Jangan sebarangan telan yer. Faz cuba ubat Lactul solution. Alhamdulillah senang nak membuang air besar.  Korang boleh cuba. Insyallah senang nak membuang tanpa rasa sakit.


Bersalin pada 37 minggu di Hospital Sultanah Aminah

Assalamualaikum wbt semua..
Alhamdulillah, Faz dah beberapa hari berpantang setelah Selamat melahirkan baby girl kedua di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 37 minggu. Sepatutnya tarikh bersalin pada 2.8.2019 tapi baby nak keluar awal. Berbanding dengan kakak Aulia, lahir pada 39 minggu di Hospital Kajang.

Perjalanan nak bersalin baby A ni..
15.07.2019 - Faz masih lagi bekerja, turun naik lift 13 ke 17, 17 ke 13. Ke sana ke mari.. Memang tak duduk diam. Rasa tak sedap hati pulak sebab macam ada something je mengalir.. So pergi toilet.. Check.. Alamak!!!
Spot bleeding on pantyliner.. Terus okey bertenang and get ready to hospital.

Mujur ada dua mak buyung dan kawan pejabat hantarkan ke Hospital dan rumah. Tq bella and amy, taufiq. Pukul 1.00 lebih sampai pukul 3 kt Bilik Saringan HSA.. Lama kan menunggu.. Biasa la gov hospital. Nak cepat-cepat pergi hospital swasta beserta fulus nya skali yer. Bilik saringan ramai sangat orang, sampai tak terkejar doktor. Salute Dr kt bilik saringan.. Time faz, doktor check bukaan dah 5cm! Terkesima sat.. Betul ke nih? Dh redha baby A beranak kt Johor.. Hasrat nak beranak kt Selangor tak dapat la..huhuhu.. Start check heartbeat baby.. Ada contraction.. Bila da settle checking. Kena duduk kejap sebab Labour room dah penuh.. Time menunggu tuh la contraction start.. 8 minit sekali, 5 minit sekali, 3 minit sekali.. Sampai Staff Nurse dan doktor pun tengok kaki faz dah tergedik-gedik sebab dah start sakit sangat uollss..

Then doktor panggil.. Terus doktor pecahkan air ketuban kt situ. Ayooo.. Ku fikirkan di LR. Sebab masa kakak Aulia, bidan pecahkan kt LR, so sakit nak beranak tuh memang kt situ. Ni pecah kat bilik saringan memang nak terberanak terus kat situ. Doktor dh pesan "sabar yer puan, jangan teran lagi yer, kejap lagi nak ke LR".. Faz dah okey, tarik nafas, okey nk terberanak dah ni... Sakit yang amat.. Sorry kat doktor cina kt bilik saringan, faz pegang tangan dia kuat sangat. Almaklum dah sakit sangat.. Okey terus gerak ke LR.. Part yang ni, memang tak dapat nk control, any advices ke, selawat ke, doa ke, tips ke memang tak ingat apa sebab dah sakit sangat. ku teran jugak.. Sampai kena marah dengan SN sebab angkat bontot.. Akhirnya lahirla baby A jam 6.34 petang. Kena jahit jugak la luar dan dalam. Orang cakap part yang lagi sakit adalah kena jahit dan nak berak selepas bersalin. Auwwwww...

Nak mengandung lagi.. Maybe yes..
Nak beranak? Akan ku fikir beratus kali.. Hahahaha..

Alhamdulillah, faz dapat first class (1 bilik 4 katil, tandas with 1 shower room, 2 bilik air) ni sebab pakai GL tau. For gov staff pakai GL jela. So far accomodation HSA sangat okey. Janganla kome sama kan GH dengan PH.





Makanan yang disediakan sangat okey. Ni je yang sempat ambik gambar sebab Baby A dah start merengik nak susu.. Okey nanti faz sambung post baru pasal confinement stuff pulak.. 

Friday, October 26, 2018

Maksud EUC, VGUC dan GUC

Assalamualaikum dan Salam hari Jumaat.
Yes hari ni dapatlah rehat secukupnya setelah 5hari bekerja tak berhenti.

Okey sambung balik cerita mengenai EUC, VGUC dan GUC.

Sebagai seorang ibu kepada seorang bayi perempuan pasti tidak melepaskan peluang membeli baju-baju cantik dan tidak kisah mengenai wang dan jenama.

Beberapa bulan yang lepas, Fa sendiri terjebak dengan pakaian jenama BONDS dan beberapa jenama. Bermula dengan pakaian bundle, preloved sehinggalah beli online dan beli dengan personal shopper (ps). Harga tak perlulah bagitahu dari beberapa ringgit sehingga beberapa puluh ringgit, nak mencecah beratus-ratus pun ada. Menangis uolls.

Semasa nak buat pilihan terutamanya bagi pakaian preloved atau bundle, penjual/ seller akan memaklumkan pakaian ini EUC, yang ini VGUC, yang ini GUC. Aduhh apa pulak ni. So Fa buat carian maksud-maksud ini

1. EUC - Excellent Used Condition
2. VGUC - Very Good Used Condition
3. GUC - Good Used Condition


Apa yang dimaksudkan dengan EUC

EUC - Excellent Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini dikatakan seperti baru walaupun dah pakai sekali atau beberapa kali. Tiada sebarang kotoran, koyak, kesan tarikan, tetas ibarat uolls beli pakaian/baru. Harga jual mungkin mahal (mengikut jenama atau jenis limited edition) dan murah sedikit dari harga asal.

Apa yang dimaksudkan dengan VGUC

VGUC - Very Good Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini pula memang dah pakai dan basuh beberapa kali. Jadi mungkin ada tanda-tanda spot atau kotoran kecil yang boleh dicuci. Harga jual juga murah dari harga asal.

Apa yang dimaksudkan dengan GUC

GUC - Good Used Condition
Bagi pakaian/barangan ini sama seperti VGUC tapi keadaan GUC ini ada kotoran kekal pada pakaian/barangan. Kesan tarikan, tetas, koyak, lubang yang jelas nampak. Sesetengah penjual ada yang menjahit balik. Harga bagi GUC dijual agak murah dari harga asal.

Bagi Fa, dalam memilih jenis/kualiti/keadaan pakaian atau barangan yang dibeli bergantung kepada individu sendiri. Mungkin ada yang suka beli preloved/bundle dan ada jugak yang beli baru jee. Ikut kemampuan masing-masing.

Mana yang tidak mengetahui preloved/bundle pun ada sentimental value yang tersendiri. Cuba tanya kawan-kawan yang suke beli barangan preloved/bundle. Selain daripada murah tapi barangan seperti ini mampu digunakan seperti baru.

Friday, October 12, 2018

PROGRAM CSR BERSAMA KECHARA SOUP KITCHEN

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua.
hari ini fa nak berkongsi pengalaman Program CSR bersama NGO iaitu Kechara Soup Kitchen.

Pada 11.10.2018 Khamis yang lepas, Fa dan beberapa team dari KPDNHEP Johor Bahru berpeluang menyertai program CSR bersama dengan NGO Kechara Soup Kitchen di kawasan perumahan PPR Kempas Johor Bahru. Sedikit pengenalan mengenai Kechara ; Kechara merupakan satu organisasi NGO yang ditubuhkan/diinsipirasikan oleh Tsem Tulku Rinpoche dan misi mereka adalah menyediakan makanan, membekalkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling kepada orang yang yang tidak berkemampuan (susah) dan homeless. Korang boleh visit website http://www.kechara.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang disediakan oleh Kechara.
Gambar kenang-kenangan bersama pelbagai pihak yang terlibat

Bagi program kali ini dengan kerjasama daripada KPDNHEP Johor Bahru, Tesco dan beberapa NGO yang berkaitan telah menyumbang pelbagai jenis barangan basah dan kering untuk penduduk PPR yang telah dikenalpasti terlebih dahulu untuk menerima bantuan yang disediakan.







Bagi Fa, ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pengalaman ini mengajar kehidupan. Bayangkan 1 keluarga dengan 9 orang hidup serba daif dalam satu rumah 2 bilik sahaja. Insyallah semoga program-program ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan pelbagai insentif dan manfaat kepada semua orang khasnya kepada rakyat Malaysia sendiri.

Thank you Kechara Soup Kitchen Team for the enjoy and great experience together. Hope that we can seek for next event together again


Salam sayang, Fa <3


Wednesday, September 5, 2018

Burger King Malaysia

Assalamualaikum semua..

Cuba teka apa Mama dan Aulia makan malam ini..
2 set of Nasi King hanya RM16.50 (Normal Price : RM19.00) dan tambahan kentang RM2.90 sahaja.
Jimat sungguh dengan menggunakan kupon dari Burger King Malaysia. Tak percaya..

Boleh Klik -> http://www.burgerking.com.my/Offer/Coupon

Selain dari Set Nasi King ada burger, nugget, dan pie..korang boleh pilih offer yang ditawarkan.

Valid sehingga 9 September 2018 sahaja tau.



Burger King Malaysia

Nasi King : Ayam BBQ

Burger King Malaysia
Nasi King : Ayam Goreng

Mama dan Aulia pilih set JC20 sebab ada dua pilihan ayam iaitu Ayam BBQ dan Ayam Goreng. Jadi boleh rasa keranggupan dan kelazatan kedua2 jenis ayam yang ditawarkan oleh Burger King. Jadi apa tunggu lagi.. Jom dapatkan kupon yang disediakan dengan segera dan terus ke cawangan-cawangan Burger King seluruh Malaysia.

#perutkenyanghatisenang #BurgerKingMalaysia